Posts

Showing posts from May, 2022
 Mungkin boleh patah tapi bukan kayu, Kadang keras  tapi bukan batu, Hancur kadang jadi kepingan. Itu lah Hati. 🍃💕
 KAMU HIDUP dimuka bumi ini hanya sekali sahaja,.Apabila kamu bersalah maka mintaklah kemaafan.Apabila kamu rindu,berceritalah.Bila kamu suka ungkapkanlah,Kamu jgn diam.!!!Jadikanlah orang yang melihatmu,dia teringin untuk menjadi sepertimu, orang yang mengenalimu, mendoakan kebaikan untukmu,orang yang mendengar tentangmu, dia berangan untuk berjumpa denganmu. Orang yang menghias akhlaknya dengan akhlak yang baik tidak akan kering bau wanginya sehingga dia berada didalam KUBUR SANA....🍃💕
  Hati yang gelap itu mencari titik cahaya, Namun tidak ke temu, apakah akan berterusan hingga ke akhirnya, Mungkin perlu diminta hati yang baru, kerana ubatnya tdak mampu menyembuh. pembawa yang berdosa, meniti mencari kasih dari yang Maha pengasih, Dalam relung hati yang berduka, masih mengharap satu harapan agar kembali gembira dalam dunia umpama penjara. Tersenyum dia percaya akan kekasihnya si pencipta, yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. Tuhan, sambutlah cinta ini, Hamba pasrah pada mu 🍃💕
 Aku berjalan beribu batu demi mencari yang satu, Akhirnya yang aku jumpa hanyalah keangkuhan.. Aku berhenti mencari, yang aku temui ketiadaan. 🍃💕
 Allah pertemukan kita dengan orang yang mengambil hak kita, karena Dia ingin kita faham bahwa kita sebenarnya lemah dan tidak memiliki apa-apa. Dan dipertemukannya kita dengan orang yang zalim, karena Allah ingin kita faham bahwa hanya Allah yang Maha Adil. 🍃💕
 Kalau ingin menjadi pokok yang tinggi, Bersedialah untuk ditiup angin, Kalau tak mahu ditiup angin jangan jadi pokok, Jadilah rumput, Tidak ditiup angin tapi hidup dipijak orang. 🍃💕
 SEKADAR RENUNGAN BERSAMA “Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu hanya sedikit  yang berIslam. Dari sedikit yang berIslam itu hanya sedikit yang berdakwah.  Dari mereka yang berdakwah lebih sedikit lagi yang berjuang. Dari mereka yang berjuang sedikit sekali yang bersabar.  Dan dari mereka yang bersabar hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir perjalanan” - Imam Hasan Al Banna -🍃 💕
 Dugaan itu datang untuk mengingatkan pada yang lupa dan memberi ganjaran pada yang sabar. 🍃💕
 Sabar itu tidak mempunyai batas, tapi manusia yang membataskan kesabarannya.  "Minta maaf", satu ayat yang amat bermakna. Bagi sesetengah orang, berat untuk mengucapkan ayat itu kerana ego dalam dirinya. Dan bagi sesetengah manusia, meminta maaf itu menjadi rutin dibibirnya.  Tetapi, kalau lah memaafkan itu semudah meminta.  💕
 Akan datang 1 masa dalam hidup kita, kita hanya ada Allah untuk kita luahkan segala-galanya. Nak luah kat manusia rasa tak mampu. Bila sampai waktu tu, carilah Allah. Menangislah dalam sujud. Luahkanlah segalanya. Allah rindu nak tunggu kita mengadu padaNya.  Waktu tu, runtuhlah tembok ego dalam diri kita. Kita akhirnya terpaksa akui yang Allah Maha Berkuasa. Dialah segala-galanya dalam hidup kita. 🍃💕
 Pengakhiran hidup kita ada dua iaitu samada beriman atau kufur pada Allah..Oleh itu jgn lah terlalu cepat menghukum sesaorg kerana sedikit kesilapannya kerana tidak mustahil pengakhirannya beriman dan yg rasa dirinya baik tak mustahil pengakhirannya kufur.. 🍃💕

Penat

 Ya aku penat untuk kehidupan ini. Andai masa mampu aku putarkan kembali. Akan aku ubah haluan kehidupan ini.. Akan aku cuba cari kebahagiaan untuk diri ini. Akan aku rawat hati ini.. 

Lupa..

 Pernah satu ketika aku terbaca kata-kata seorang alim. Jangan sesekali kau berasa penat dengan ujian Allah kerana disrbalik ujian itu lah teselit kasih sayang Allah kepada hambanya. Bila Allah sayang.. Allah akan uji kita supaya ketika itu kita akan cari Allah.. Kita mengadu padaNya.  Ada ketika aku juga terasa penat dengan ujian.. Ujian yang datang tanpa henti. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku kerana lalai, ampunkan aku ya Allah kerana sering mengeluh atas ujian yang tak seberapa ini.  Ada kala aku mengejar Kasih sayang manusia yang tak seberapa, yang tak tahu erti menghargai, aku alpa, lalai dengan kasih sayang manusia. Sedangkan kasih sayang Mu ya Allah mengatasi segala-galanya. Terima kasih kerana menyedarkan aku dari lalai dengan kehidupan dunia. Menyedarkan aku dari terus mengejar cinta Dan kasih sayang manusia. Terima Kasih ya Allah. Akan aku kuatkan hati ni untuk menempuh ujian-ujian mendatang insyaAllah

4 may 2022

 — Ketika kau telah menghancurkan hati seseorang, tetapi dia masih berbicara dengan penuh kelembutan, dengan penuh senyuman dan masih memperlakukanmu dengan baik.  Sesungguhnya; orang yang kau hancurkan hatinya itu adalah orang yang benar-benar tulus menyayangimu suatu ketika dahulu. ◕ᴗ◕✿ Sang Pemburu Rabu 4 Mei 2022.