Lupa..

 Pernah satu ketika aku terbaca kata-kata seorang alim. Jangan sesekali kau berasa penat dengan ujian Allah kerana disrbalik ujian itu lah teselit kasih sayang Allah kepada hambanya.

Bila Allah sayang.. Allah akan uji kita supaya ketika itu kita akan cari Allah.. Kita mengadu padaNya. 

Ada ketika aku juga terasa penat dengan ujian.. Ujian yang datang tanpa henti. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku kerana lalai, ampunkan aku ya Allah kerana sering mengeluh atas ujian yang tak seberapa ini. 

Ada kala aku mengejar Kasih sayang manusia yang tak seberapa, yang tak tahu erti menghargai, aku alpa, lalai dengan kasih sayang manusia. Sedangkan kasih sayang Mu ya Allah mengatasi segala-galanya.

Terima kasih kerana menyedarkan aku dari lalai dengan kehidupan dunia. Menyedarkan aku dari terus mengejar cinta Dan kasih sayang manusia. Terima Kasih ya Allah. Akan aku kuatkan hati ni untuk menempuh ujian-ujian mendatang insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog